Tuesday, October 20, 2009

renungkan...


Many years from now, you will be more disappointed by the things you didn't do than by the ones you did. So throw off the bowlines, sail away from the safe habour. Catch the trade winds in your sails.

Sunday, September 27, 2009

fikirkan...

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati amanah Allah dan Rasul, dan mengkhianati amanah kamu sedangkan kamu tahu akan salahnya. ( Terjemahan surah Al-Anfaal :27 )

Orang yang menjaga amanahnya akan dimasukkan ke dalam syurga Firdaus dan mereka kekal di dalamnya. ( Surah Al-Mukminin )

Marilah kita berusaha menjaga amanah yang telah dipertanggungjawabkan ke atas kita...

Monday, September 7, 2009

mengapa aku meminati geografi

Aku mula mengenali geografi yang dulunya dipanggil ilmu alam sewaktu di tingkatan 2 tahun 1977. Sewaktu itu kami belajar pebagai negara di benua asia. Bila belajar geografi aku sangat tertarik dengan nama-nama tepat yang ada di atas peta. Waktu itu memang susuah nak dapat buku rujukan. Buku yang dibeli dengan menyimpan duit belanja dibaca berulang kali sehingga naik lunyai... Guru yang mengajar pun sungguh berdedikasi. Sewaktu ting. 6 di KISAS, aku terpecahkan jangkasuhu yang harganya 100 rgt masa itu. Selepas mengambil bacaan di stesen cuaca, ketika menghayunkan jangkasuhu untuk menstabilkan bacaan, terkena peti stenvenson lalu pecah. Aku tergamam, manalah nak cari duit 100 ringgit utk ganti jangkasuhu yang pecah tu... Tapi dgn izin Allah, cikgu Norsiah tk marah pun, malahan memberi aku semangat untuk terus memperolehi kejayaan cemerlang dlm subjek ini sehinggalah bila aku masuk UM aku mengambil subjek ini sebagai subjek major. Ringkas kata Geografi adalah subjek pilihanku sejak dulu lagi.

GEOGRAFI MEMBAWA ANDA MENGENAL BUDAYA DAN BENTUK MUKA BUMI YANG BERBEZA YANG MEMBOLEHKAN ANDA MEMAHAMI ADAT DAN PENDUDUK SERTA EKONOMI YANG BERBEZA. SELAIN ITU, SEBAGAI HAMBA ALLAH IANYA BOLEH MEMIKIRKAN AKAN KEJADIAN DAN CIPTAAN ALLAH YANG SUNGGUH HEBAT, TAK TERJANGKAU DEK PEMIKIRAN KITA. SESUNGGUHNYA KITA INI AMAT KERDIL BERBANDING FENOMENA ALAM CIPTAAN TUHAN.

Wednesday, September 2, 2009

Tuesday, August 25, 2009

Bantuan menjawab geografi 2 SPM

PEPERIKSAAN SPM 2010 TINGGAL BEBERAPA BULAN LAGI...
Di sini saya mencadangkan beberapa teknik:

1. Fahami soalan. Gariskan kunci soalan. ( Orang kata faham soalan separuh jawapan )
2. Terus menjawab soalan. Tidak perlu bunga-bunga bahasa.
3. Di hujung soalan ada markah yang diperuntukkan. Kalau 5 markah, bermakna perlu dicari 5 atau 6 isi sahaja. Jangan jawab terlalu panjang untuk peruntukkan markah yang sedikit.
4. Jika melukis bahan grafik seperti graf, pastikan skala yang digunakan adalah tepat. Gunakan kertas graf yang disediakan.
5. Permudahkan pemeriksa untuk memeriksa kertas anda.Jika boleh setiap soalan gunakan kertas berasingan.
6. Jangan gunakan jawapan yang umum seperti sesuai, subur dan sebagainya. Gunakan fakta seperti suhu 27 celsius, hujan melebihi 2020 mm setahun, tanih jenis laterit dsb.

Thursday, August 13, 2009

fikir dulu sebelum buat...



Pemanasan global (Global Warming ) adalah peningkatan purata suhu atmosfera permukaan bumi secara global dan disebabkan oleh aktiviti manusia atau secara semulajadi.

Terjadi apabila gas-gas seperti karbon monoksida, karbon dioksida, kloro flourokarbon (CFC), metana dan nitrus oksida menyerap sinaran daripada matahari dan mengeluarakan semula sinaran tersebut menyebabkan suhu purata atmosfera bumi akan meningkat. Selain itu, gas-gas ini juga menyerap tenaga haba yang dikeluarkan daripada sistem atmosfera bumi. Kesannya meningkatkan lagi suhu purata atmosfera bumi.

Tambahan pula aktiviti-aktivi manusia seperti penjanaan tenaga elektrik, peningkatan pengangkutan dan penggunaan CFC untuk tujuan pengawalan udara (airconditioning) dan sebagai ‘propellant’ dalam bekas aerosol, telah menyebakan pengeluaran gas – gas tersebut meningkat.

Apakah akibat pemanasan global?
Cuaca dan iklim bumi sangat dipengaruhi oleh perbezaan suhu dan kandungan wap air. Peningkatan purata suhu atmosfera bumi akan mengubah cuaca (climate change) di bumi. Pemanasan global akan menyebabkan pencairan ais dan glasier di kawasan Artik dan Antartika. Ini akan menyebabkan peningkatan dalam aras laut. Kawasan-kawasan dan bandar-bandar tepi laut seperti New York dan Rotterdam sudah mula mengalami kenaikan aras laut. Negara-negara pulau (island states) seperrti Vanuatu telah kehilangan beberapa pulau-pulau kecil akibat kenaikan aras laut.
Ada juga jangkaan bahawa perubahan cuaca akan mempengaruhi kekerapan dan intensity’ribut. Salah satu contoh adalah kekuatan dan kebinasaan yang disebabkan oleh rebut Katrina di Amerika Syarikat pada tahun 2005 dan banjir yang dialami di Malaysia di hujung tahun 2006 hingga awal tahun 2007.
Aras laut pula dijangka meningkat 15cm pada tahun 2050 dan 34cm pada tahun 2100.o Mengikut model matematik perubahan cuaca suhu purata global akan meningkat1 hingga 2 darjah Celcius pada tahun 2030 disebabkan peningkatan dalam pelepasan gas-gas rumah hijau.
Adalah dijangka dengan perubahan cuaca, kawasan-kawasan di utara Khatulistiwa akan menjadi lebih panas dan tempoh musim sejuk akan berkurang.Negara-negara di selatan Khatulistiwa pula akan menjadi lebih panas dan suhu musim kemarau akan meningkat. Tempoh kemarau juga akan berpanjangan.Dengan itu adalah dijangka kawasan-kawasan seperti ini akan mengalami kekurangan bekalan air. Perubahan cuaca bumi akan menyebabkan perubahan dalam kandungan kelembapan tanah dan seterusnya perubahan dalam jenis tumbuhan yang sesuai untuk ditanam. Ini akan mempengaruhi industri pertanian sesebuah negara.
Peningkatan purata suhu global, perubahan cuaca dan peningkatan aras laut akanmenyebabkan perubahan dalam kehidupan manusia.

BAGAIMANA SAYA DAPAT MENGURANGKAN PENGELURAN GAS RUMAH HIJAU ?

BERHENTIKAN
penggunaan bahan yang mengandungi CFC. Apabila membeli tin-tin aerosol,baca label dan pilih produk dalam tin aerosol yang tidak menggunakan CFC.

KURANGKAN permintaan terhadap bekalan elektrik dengan mengamalkan penjimatan bekalan elektrik. Ini dapat mengurangkan pembakaran bahan api fosil seperti arang batu dan petroleum yang banyak menyumbang kepada pemanasan global.

UBAH cara hidup kita untuk mengurangkan pergantungan kepada pengangkutan seperti memandu ketika kurang kesesakan lalulintas, pastikan kenderaan diselengara mengikut kekerapan tertentu. Anda juga boleh mengurangkan pergantungan kepada kenderaan ersendirian dan menggunakan pengangkutan awam dan berjalan atau berbasikaluntuk perjalan jarak dekat.

MINIMAKAN penjanaan sampah dan pastikan sampah dibuang dengan bertanggunjawab. Ini kerana pereputan sisa-sisa organik mengeluarkan gas-gas rumah hijau seperti metana.

Wednesday, August 5, 2009


Ini le kalau study last minit... pegang apa buku pun tak kena, berpeluh dan mata berpinar-pinar, tergambar benda yang bukan-bukan... SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN, SEMOGA SUCEESS SOKMO

Letusan Gunung Berapi Iceland